Monday, 16 September 2013

Kau begitu menyukai pagi,
Memberi ketenangan permulaan hari,
Sehingga kau lupa akan
"Usolli fardhu subhi".

Kau begitu menyayangi tengahari,
Tempat engkau beradu mimpi,
Sehingga Zohor sendiri menyepi.

Kau begitu pentingkan petang,
Waktu beriadah dan bersukan,
Sehingga senaman Asar kau persiakan.

Kau begitu menikmati malam,
Waktu berseronok bersama teman,
Hingga kau lupa membawa
Maghrib dan Isyak rakan taulan.

Ruznan Ruzuki,
160913.

Monday, 24 June 2013

Keamanan,
Kebebasan,
Itu yang mereka lacurkan,
Bila kau datang,
Mencabul kehormatan bumi mereka.

Kau kata kau wira,
Kau kata kau pahlawan,
Tapi hakikatnya,
Kau tidak ubah seperti,
Perompak,
Penyamun,
Perogol.

Kau bersembunyi dengan niat,
Tapi hatimu busuk!
Busuk!
Bau tahi,
Bau bangkai,
Bau longkang,
Bau kurap,
Bau kudis.

Tapi kami lemah,
Lemah hati, lemah iman,
Kerana hanya simpati,
yang dapat kami hulurkan.
Tapi janji kami,
Selagi nyawa dikandung badan,
Doa kami pengurang bebanan,
Untuk seluruh umat Islam.

Ruznan Ruzuki,
240613.

Wednesday, 19 June 2013

Aku menyendiri,
Mindaku melayang,
Terbang di awangan.
Aku suka begini,
Memikirkan masa hadapan,
yang tiada kesudahan.
Angan-angan kosong.

Ku menyendiri lagi,
Melayan minda,
Yang dibuai mimpi.
Ahh! Aku pelu bangun,
Menghadapi realiti.

Ruznan Ruzuki,
190613.

Tuesday, 18 June 2013

Kesana, kesini,
Ku berlari-lari,
Mencari sesuatu yang abadai.
Kini ku tahu,
Yang kekal hanya Illahi.

Ruznan Ruzuki,
180613.

Monday, 17 June 2013

Hati ini begitu suci,
Seputih salju begitu murni,
Bekalkan ia,
Santapan rohani,
Moga kekal bersih berseri.

Akan tetapi,
Generasi kini,
Begitu mudah dijajah,
Pegangan dan falsafah,
Budaya kuning penjajah.

Pabila Valentine,
Lebih diagungkan dari Ramadhan,
Pabila irama lagu,
Lebih dihormati dari laungan azan.

Sedarlah,
Hati inu telah diracuni,
Bertaubatlah, Berzikirlah,
Bersolatlah, Beribadatlah.
Moga diberi hidayah,
dan keampunan.
Kerna ajal maut di tangan Tuhan.
Takkan lewat,
Takkan cepat,
Walau sesaat.

Ruznan Ruzuki,
170613.

Sunday, 5 May 2013

Kata orang Tuah itu setia,
Menurut segala titah Melaka.
Kata orang Jebat itu durjana,
menuntut bela lima bersaudara.

Tuahkah engkau?
atau Jebatkah engkau?
Buatlah pilihan yang bijak.
Selamat mengundi.

Ruznan Ruzuki,
050513.

Wednesday, 1 May 2013

Setinggi manapun,
Sehebat manapun,
Sejauh manapun,
Ingatlah, Allah lebih berkuasa.

Sekaya manapun,
Semahsyur manapun,
Ingatlah,
Allah bisa menariknya semula.

Ruznan Ruzuki,
010513.