Saturday, 22 February 2014

Pernah

Pernah..
Pernah dulu aku lupa,
tentang hitam dan putih,
Tentang baik dan buruk,
Tentang dosa dan pahala,
Tentang Syurga dan Neraka.

Pernah..
Pernah aku tinggalkan segala,
Demi harta dan cita,
Demi dunia yang mengaburi mata,
Demi dunia yang mengusik jiwa.

Sebab itu sekarang aku cuba,
Cuba untuk merangkak,
Cuba untuk berjalan,
Cuba untuk berlari,
Mencari jalan menuju hakiki.
semuanya kerana aku PERNAH.

Ruznan Ruzuki,
220214.

No comments:

Post a Comment