Wednesday, 27 August 2014

Lorong Harapan

Kanan dan kiri,
Mataku memerhati,
Hatiku mencari solusi,
Terhadap tipu daya dunia.

Akucuba mencari ruang,
Untuk meluruskan apa yang bengkok,
Mendirikan apa yang jatuh,
Membina apa yang hancur,
Tapi dunia ibarat pasir jerlus,
Yang memerangkap aku.

Aku cuba menjerit,
Tapi tiada yang kedengaran,
Salah aku juga,
sebab menjerit dalam hati.
Akuberharap,
Ada yang melontar tali,
Menarik aku kembali,
Tapi yang dilontar hanya batu,
Supaya aku terus kekal disitu.
Tapi teguhnya aku,
Kerana sehingga kini aku masih berharap.
Itulah silap aku.
Berharap.

Sedangkan haiwan pun boleh berdikari,
Inikan aku yang ada tangan dan kaki.
Bukan tak nak guna,
Cuma penat berdiri sendiri.
Disaat aku penat,
Aku lupa,
Penat itu sementara,
Tapi pahala itu selamanya.

Ruznan Ruzuki,
270814.

No comments:

Post a Comment