Wednesday, 10 June 2015

Permata dan Kaca

Boleh kau beza,
Mana kaca mana permata?
Mirip.
Tapi tak sama.
Takkan serupa.

Sungguh,
Ramai yang berusaha,
Tekun,
Berusaha,
Mencari permata di timbunan kaca,
Untuk ditunjuk kepada dunia,
Supaya bersinar satu semesta.

Tapi engkau.
Kau lihat dari sudut berbeza,
Kaca itu kau kutip,
Kau bersih,
Kau gilap.
Bukan untuk bersinar,
Cukup untuk memantul bayang,
Memantul cahaya,
Seolah kau tahu,
Kaca itu mencermin siapa kita.

Tapi sayang,
Dalam banyak-banyak kaca,
Dipecahkan sebiji kaca,
Habis menangis kerana terluka,
Tapi bukan itu niat dibawa,
Cuma hendak membuka mat,
Bahawa kaca juga setanding permata.

Tapi jauh disudut hati,
Aku tahu,
Bukan cermin,
Bukan kaca,
Tapi kau adalah permata,
Permata yang mencintai kaca.

Ruznan Ruzuki,
100615.

(Puisi untuk sahabat, saudara Loqman bin Karim)

No comments:

Post a Comment