Tuesday 24 September 2013

Hidup ini ada hitam dan putih,
Tetapi hitam dan putih inilah,
Yang membentuk satu warna.

Kita sering ketawa,
Untuk menutup segala duka,
Kadang-kadang kita lupa,
Yang mendengar hanya Dia.

Suka dan duka hanya satu rasa,
Menempanya memakan masa,
mengimbaunya sekelip mata,
Itulah yang membuatkan kita sentiasa muda.

Ruznan Ruzuki,
240913.

Sunday 22 September 2013

Sudah Sunnah Orang Berjuang.

Sahabat,
Dunia ini penuh penipuan,
Kerna ia tempat persinggahan,
Kuatkan akal kuatkan iman,
Sudah sunnah orang berjuang.

Teman,
Jangan merasa terbeban,
Walau ia berat menyakitkan,
Kerana itu ujian yang diberikan,
Sudah sunnah orang berjuang.

Taulan,
Jangan sedih dengan kegagalan,
Kerana dihujungnya sebuah kejayaan,
Itulah yang tercatit dalam Al-Quran,
Kerna itu janji Tuhan,
Sudah sunnah orang berjuang.

Ruznan Ruzuki,
220913.

Thursday 19 September 2013

They say,
Believe your heart,
Trust not your eyes,
But remember,
What eyes does not admire,
The heart is not desire.

They say,
There is something good,
In everything,
But remember,
Like Shakespeare once said,
Nothing can come out of nothing.

They say,
Good deeds,
Come from a pure heart,
But remember,
When there is good,
There is always evil.

Ruznan Ruzuki,
190913.

Monday 16 September 2013

Kau begitu menyukai pagi,
Memberi ketenangan permulaan hari,
Sehingga kau lupa akan
"Usolli fardhu subhi".

Kau begitu menyayangi tengahari,
Tempat engkau beradu mimpi,
Sehingga Zohor sendiri menyepi.

Kau begitu pentingkan petang,
Waktu beriadah dan bersukan,
Sehingga senaman Asar kau persiakan.

Kau begitu menikmati malam,
Waktu berseronok bersama teman,
Hingga kau lupa membawa
Maghrib dan Isyak rakan taulan.

Ruznan Ruzuki,
160913.