Tuesday 13 May 2014

Aku Pendosa

Dunia,
Ibarat lorong tikus,
Cemar, Busuk, Kotor,
Tapi ramai yang masih gembira,
Bergelumang di dalamnya.

Sungguh mulut ini celupar,
Mata suka memerhati,
Bukan aku jahat,
Tapi aku mencari erti.

Pernah aku terfikir,
Kenapa mereka menghambakan diri,
Bertuankan dunia,
Beristerikan zina,
Beranakkan dosa.
Bukan kau seorang,
Kadang aku pon sama.

Ruznan Ruzuki,
130514.

Monday 5 May 2014

Bahasa dicipta,
Untuk menggabung dua dunia,
Kau dan aku,
Kita dan mereka,
Sesiapa sahaja.

Jangan dilacurkan bahasa,
Kerana bahasa,
Mencermin siapa kita.
Tua atau muda,
Kecil atau besar,
Miskin atau kaya.

Aku orang bahasa,
meluah dengan kata-kata,
Walau kadang bahasa entah kemana,
Tapi bagiku bahasa itu senjata.

Ruznan Ruzuki,
050514.