Wednesday 31 December 2014

Bah Yang Merubah

Belum sempat parut lama sembuh,
Luka baru datang menyuluh,
Seolah memperingati kejadian seabad lalu.
Belum sempat bibir mengucap kata,
Air mata sudah mula berbicara.

Kau himpunkan kami dengan airMu,
Miskin dan kaya,
Pangkat dan harta tiada bernyawa,
Kerana di kepala hanya keluarga,
dan orang tercinta.

Ada yang berlumba mencari pahala,
Tak kurang juga menuding jari,
Mencari salah siapa.
Ketika kami cuba membuka mata mereka,
Percayalah,
Ada yang telah menutup mata buat selamanya.

Allah,
Sungguh. Ujianmu begitu berat,
Bahu yang memikul hampir tersungkur,
Lutut yang menongkat hampir rebah.
Bumi yang dulunya dipenuhi hilai tawa,
Kini diganti dengan sedih hiba.

Kami diselam dengan dosa,
Itu tafsir mereka,
Jika benar,
Sucikan kami dengan airMu.
Itu.
Aku panjat sebagai doa.

Ruznan Ruzuki,
311214.

(tribute banjir besar kelantan 2014)

Monday 6 October 2014

Dulu dan Sekarang

Itu dulu,
Sekarang aku dah tahu.
Itu dulu,
Sekarang aku dah faham,
Itu dulu,
Sekarang aku dah sedar.
Dulu itu dulu.
Aku sedang dan masih mencuba,
Jangan hukum aku.

Ruznan Ruzuki,
061014.

Wednesday 27 August 2014

Lorong Harapan

Kanan dan kiri,
Mataku memerhati,
Hatiku mencari solusi,
Terhadap tipu daya dunia.

Akucuba mencari ruang,
Untuk meluruskan apa yang bengkok,
Mendirikan apa yang jatuh,
Membina apa yang hancur,
Tapi dunia ibarat pasir jerlus,
Yang memerangkap aku.

Aku cuba menjerit,
Tapi tiada yang kedengaran,
Salah aku juga,
sebab menjerit dalam hati.
Akuberharap,
Ada yang melontar tali,
Menarik aku kembali,
Tapi yang dilontar hanya batu,
Supaya aku terus kekal disitu.
Tapi teguhnya aku,
Kerana sehingga kini aku masih berharap.
Itulah silap aku.
Berharap.

Sedangkan haiwan pun boleh berdikari,
Inikan aku yang ada tangan dan kaki.
Bukan tak nak guna,
Cuma penat berdiri sendiri.
Disaat aku penat,
Aku lupa,
Penat itu sementara,
Tapi pahala itu selamanya.

Ruznan Ruzuki,
270814.

Monday 18 August 2014

Sama

Kau cakap nak bersihkan diri,
Tapi bila sakit,
Kau merungut,
Bukankah sakit itu kifarah dosa?

Kau nak jadi baik,
Tapi bila lihat orang susah,
Kau pejam sebelah mata,
Bukankah menderma itu,
Satu pahala?

Kau minta pada Allah bermacam benda,
Tapi solat sendiri tak terjaga,
Bukankah solat itu sendiri,
Satu doa?

Bukan nak mengata,
Bukan nak berdusta,
Tapi kadang kau, kau, kau, dan aku,
Semuanya sama.

Ruznan Ruzuki,
180814.

Sunday 15 June 2014

You live in a fucked up world,
With a fucked up life,
So expect a fucked up people,
With a fucked up attitude.

Some will love you,
Some will hate you,
But it doesn't matter.
Because in the end,
All you're going to say is
Fuck you!

Ruznan Ruzuki,
150614.

Tuesday 13 May 2014

Aku Pendosa

Dunia,
Ibarat lorong tikus,
Cemar, Busuk, Kotor,
Tapi ramai yang masih gembira,
Bergelumang di dalamnya.

Sungguh mulut ini celupar,
Mata suka memerhati,
Bukan aku jahat,
Tapi aku mencari erti.

Pernah aku terfikir,
Kenapa mereka menghambakan diri,
Bertuankan dunia,
Beristerikan zina,
Beranakkan dosa.
Bukan kau seorang,
Kadang aku pon sama.

Ruznan Ruzuki,
130514.

Monday 5 May 2014

Bahasa dicipta,
Untuk menggabung dua dunia,
Kau dan aku,
Kita dan mereka,
Sesiapa sahaja.

Jangan dilacurkan bahasa,
Kerana bahasa,
Mencermin siapa kita.
Tua atau muda,
Kecil atau besar,
Miskin atau kaya.

Aku orang bahasa,
meluah dengan kata-kata,
Walau kadang bahasa entah kemana,
Tapi bagiku bahasa itu senjata.

Ruznan Ruzuki,
050514.

Thursday 27 March 2014

A worm,
Saw a caterpillar on a tree,
Changing into a butterfly.
He then started his journey.
Climbed all his way to the tree.
Arrived.
Feeling determined,
He then jumped to the sky,
Only to realized that he cant fly.

Ruznan Ruzuki,
270314.

Thursday 20 March 2014

I'm trying,
I'm struggling,
To suppress,
The demon inside me,
Trying to get out.

So far I'm winning,
But there will come a day,
where I will lose the war.
The question is when,
Because even the great Titanic sank.

Ruznan Ruzuki,
200314.

Saturday 22 February 2014

Pernah

Pernah..
Pernah dulu aku lupa,
tentang hitam dan putih,
Tentang baik dan buruk,
Tentang dosa dan pahala,
Tentang Syurga dan Neraka.

Pernah..
Pernah aku tinggalkan segala,
Demi harta dan cita,
Demi dunia yang mengaburi mata,
Demi dunia yang mengusik jiwa.

Sebab itu sekarang aku cuba,
Cuba untuk merangkak,
Cuba untuk berjalan,
Cuba untuk berlari,
Mencari jalan menuju hakiki.
semuanya kerana aku PERNAH.

Ruznan Ruzuki,
220214.

Thursday 20 February 2014

When I first saw you,
My heart pump like crazy,
Slowly I get to know you,
I think you're the one for me.
You're the girl,
I give my best,
But you didn't notice,
That's why you didn't love back.
Maybe you're not ready,
To accept my love,
But for you milady,
I'll wait until the end of earth.
But now I know,
You love someone else,
Maybe I'm not good enough,
You deserve the best.
O dear heart,
Please don't be sad,
I know you've fall apart,
But let not this be the end.

Ruznan Ruzuki,
200214.