Tuesday, 3 November 2015

Monsters

The world we live in,
Are full of monsters,
They lust for everything,
So they will do anything,
Until you left with nothing.
These monsters,
They frightened us everyday,
But what I'm afraid the most,
For every choice that I make,
Will turn me into the monsters,
That I hate.

Ruznan Ruzuki,
031115.

Sunday, 18 October 2015

Where is the love

You said you love me,
But you keep talking bout him,
Might think it's funny,
But you know how I'm feelin'?

He's the perfect guy,
In your cloud nine,
As time pass by,
How can I call you mine?

Hold my hand,
Walk down my memory lane,
I'll show you everything inside,
Nothing but pain.

Ruznan Ruzuki,
181015.

Friday, 9 October 2015
















Cinta itu bukan hanya pada kata,
Sayang itu bukan hanya pada rasa,
Jangan bilang suka jika tiada berduka,
Jangan bilang rindu kalau asyik bertemu.

Indah pertemuan kerana perpisahan,
Indah perkenalan kerana perbezaan.

Yang dipandang bukan wang,
Yang dicari bukan kecantikan,
Bila hati sudah sayang,
Rasa itu jangan kau lepaskan.

Ruznan Ruzuki,
091015.

Friday, 11 September 2015

Let's Have A Cup of Tea

Let's have a cup of tea,
Because I hate coffee,
Don't worry,
It's on me.

Let's have a cup of tea,
Don't worry,
When the cup is empty,
Let it be,
I'll tell you everything,
All about me.

Let's have a cup of tea,
Down by the tree,
Watching the sunset together,
Everything bad in this world,
Let's not bother,
With you,
Trust me,
The tea taste better.

Let's have a cup of tea,
Down by the tree,
Just you and me.

Ruznan Ruzuki,
110915.

Tuesday, 23 June 2015

Aku Orang Islam

Aku orang Islam,
Aurat?
Belum sampai seru,
Lagipun,
Kuburkan masing-masing.

Aku orang Islam,
Solat?
Tunggulah,
Lima minit lagi.

Aku orang Islam,
Puasa?
Seronok.
Bazar sana-sini,
Diskaun hebat-hebat.
Lailatul Qadr?
Hmm. Tahun depan ada lagi.

Aku orang Islam?
Sedekah?
Bila aku kaya,
Separuh harta aku derma.
Sekarang?
Gaji dua ribu je,
Mana nak cukup.

Aku orang Islam,
Mati?
Errr.. Tengok tu,
Cantikkan BMW 5 series.

Ya, aku orang Islam.

Ruznan Ruzuki,
230615.

Wednesday, 10 June 2015

Permata dan Kaca

Boleh kau beza,
Mana kaca mana permata?
Mirip.
Tapi tak sama.
Takkan serupa.

Sungguh,
Ramai yang berusaha,
Tekun,
Berusaha,
Mencari permata di timbunan kaca,
Untuk ditunjuk kepada dunia,
Supaya bersinar satu semesta.

Tapi engkau.
Kau lihat dari sudut berbeza,
Kaca itu kau kutip,
Kau bersih,
Kau gilap.
Bukan untuk bersinar,
Cukup untuk memantul bayang,
Memantul cahaya,
Seolah kau tahu,
Kaca itu mencermin siapa kita.

Tapi sayang,
Dalam banyak-banyak kaca,
Dipecahkan sebiji kaca,
Habis menangis kerana terluka,
Tapi bukan itu niat dibawa,
Cuma hendak membuka mat,
Bahawa kaca juga setanding permata.

Tapi jauh disudut hati,
Aku tahu,
Bukan cermin,
Bukan kaca,
Tapi kau adalah permata,
Permata yang mencintai kaca.

Ruznan Ruzuki,
100615.

(Puisi untuk sahabat, saudara Loqman bin Karim)

Wednesday, 18 March 2015

Jatuh

Cuba kau hulur tangan kau,
Lihat. Perhati.
Siapa yang sanggup sambut tangan itu.
Jika ada.
Pegang erat. Pegang kemas. Jangan lepas.
Supaya nanti, bila dia jatuh,
Kau sudah ada untuk menariknya.

Ruznan Ruzuki,
180315.